Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS AMANAT TAHUN 2026 PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK

Ipoh, 7 April 2026 – Majlis Amanat Tahun 2026 dan Majlis Apresiasi Bersama Agensi telah berlangsung dengan jayanya di Galasa Caldwell hari ini.

Program yang dianjurkan oleh YB. Sandrea Ng Shy Ching, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, menghimpunkan pelbagai agensi dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik serta menghargai komitmen semua pihak dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Dalam amanatnya, beliau turut menekankan kepentingan menilai keberkesanan perkhidmatan bukan sahaja melalui bacaan dan statistik, tetapi juga melalui pengalaman sebenar rakyat seperti yang digariskan oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan semasa Perak Leadership Retreat di Melaka.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman serta Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, Tuan Roslan bin Kamaruzaman.

Majlis ini menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat bagi tahun 2026 di samping mengiktiraf sumbangan serta dedikasi agensi-agensi yang terlibat dalam memperkasakan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, YB turut menekankan penggunaan teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam budaya kerja bagi mempercepat dan memodenkan proses kerja agar penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan secara lebih bersasar dan tepat kepada masyarakat.

Diharapkan penganjuran majlis seumpama ini dapat terus mempererat hubungan antara agensi serta meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286955