Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN Y.B. SANDREA NG SHY CHING PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

4 September 2025 – Y.B. Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Daerah Tanjong Malim. Ketibaan beliau pada jam 2.00 petang telah disambut oleh Yang Dipertua MDTM,Tn Dr Shazree Idzham bin Wahab Abd.Rahman,Tn Setiausaha MDTM,En.Roslan b.Kamaruzaman bersama Ketua-Ketua Jabatan MDTM, diikuti sesi bergambar dan taklimat ringkas pelaksanaan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan oleh Jurutera MDTM,En Mohd Asrul b. Abd Ghani di Bilik Mesyuarat Sri Malim.

Pada jam 3.00 petang, Y.B. Sandrea meneruskan lawatab ke beberapa lokasi projek yang sedang dilaksanakan iaitu :
1. Projek naik taraf termasuk longkang utama di Taman Malim, sistem saliran dan longkang di Taman Bernam, jalan serta longkang di Tapak Penjaja Pasar Malam Tanjong Malim; dan
2. kerja-kerja penyelenggaraan longkang di Jalan Haji Mustafa Raja Kamala.

Lawatan berakhir sekitar jam 4.30 petang dengan kepulangan beliau ke Majlis Daerah Tanjong Malim, disusuli dengan jamuan mesra sebelum bersurai.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969