Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN TURUN PADANG ZON A10, TAMAN BERNAM

TANJONG MALIM, 14 Oktober 2025 (Selasa) – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Lawatan Turun Padang Zon A10 di kawasan Taman Bernam bagi meninjau isu serta keperluan semasa penduduk setempat. Lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi ini diketuai oleh Area Officer Zon A10, Clr. Mohanaravi a/l Ramasamy bersama Pegawai Penyelaras Zon A10.

Turut hadir ialah YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua MDTM, YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, wakil Pejabat Daerah & Tanah Muallim, wakil Puncak Emas Infra Sdn. Bhd, serta Ketua-ketua Jabatan MDTM.

Program ini memberi peluang kepada pihak MDTM untuk menilai keadaan lapangan secara terus, mengenal pasti isu berkaitan penyelenggaraan, kebersihan dan infrastruktur awam agar tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969