Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN TURUN PADANG (TURPA) BERSAMA AREA OFFICER ZON C2 DIAMOND CREEKS TANJONG MALIM

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) bersama Area Officer Zon C2 pada Rabu, 21 Januari 2026, bermula jam 4.00 petang bertempat di Diamond Creeks Country Retreat Tanjong Malim.

Tempat perbincangan bagi lawatan ini adalah bertempat di Pejabat Pengurusan Diamond Creeks Country Retreat.

Lawatan ini telah disertai oleh Clr. Mairoszalifah binti Ismail, Ahli Majlis Zon C2 selaku Area Officer kawasan, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Pengurus Syarikat Golden Approach Sdn Bhd, wakil Persatuan Penduduk Diamond Creeks Country Retreat Tanjong Malim, Pegawai Penyelaras Zon C2, Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai MDTM.

Tujuan Lawatan TURPA ini diadakan adalah untuk mengenal pasti isu dan aduan penduduk, khususnya yang melibatkan aspek infrastruktur, penyelenggaraan serta perkhidmatan kutipan sampah di Diamond Creeks Country Retreat Tanjong Malim.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan penyelarasan dan kerjasama antara Ahli Majlis selaku Area Officer kawasan, jabatan-jabatan teknikal serta pihak pemaju agar tindakan susulan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, tersusun dan menyeluruh demi kesejahteraan penduduk setempat.

MDTM sentiasa komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, responsif dan berorientasikan keperluan komuniti, selaras dengan pendekatan turun padang yang dilaksanakan secara berterusan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969