Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN TURUN PADANG (TURPA) BERSAMA AREA OFFICER ZON A7 DI TAMAN BINA DAN SMK METHODIST TANJONG MALIM

   Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) bersama Area Officer Zon A7 pada hari Rabu, 11 Februari 2026, bermula jam 2.30 petang bertempat di Taman Bina dan seterusnya ke SMK Methodist, Tanjong Malim.

Sesi perbincangan bagi lawatan ini telah diadakan di kawasan setempat bersama penduduk dan wakil sekolah serta pihak-pihak berkaitan bagi meneliti secara langsung isu-isu yang dibangkitkan.

Lawatan ini telah disertai oleh Clr. Dato’ Mohd Farid bin Mohamad Ali selaku Area Officer Zon A7, Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Pengurus Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Pegawai Penyelaras Zon 7, wakil PDT Muallim, wakil JKR Daerah Muallim, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai MDTM.

Tujuan lawatan TURPA ini diadakan adalah untuk mengenal pasti isu dan aduan penduduk dan sekolah, khususnya yang melibatkan aspek infrastruktur, penyelenggaraan kawasan dan kebersihan kawasan.

Lawatan secara terus ke lokasi membolehkan setiap permasalahan diteliti dengan lebih jelas dan tindakan susulan dapat dirancang secara lebih teratur.

Selain itu, lawatan ini turut bertujuan memperkukuhkan penyelarasan dan kerjasama antara Ahli Majlis selaku Area Officer kawasan, jabatan-jabatan teknikal serta komuniti setempat agar setiap isu dapat diselesaikan secara lebih berkesan dan menyeluruh demi kesejahteraan penduduk.

MDTM sentiasa komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, responsif dan berorientasikan keperluan komuniti selaras dengan pendekatan turun padang yang dilaksanakan secara berterusan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969