5 Ogos 2025, Selasa - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengalu-alukan kehadiran delegasi Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM hadir mengadakan lawatan penandaarasan inovasi ke MPKj pada 5 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Teater Mini, Menara MPKj.
Hadir bersama para pengarah dan ketua-ketua unit MDTM serta para pegawai dan ahli kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) MPKj
YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj bersama-sama Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj menyantuni rombongan daripada MDTM.
Taklimat inovasi MPKj telah disampaikan oleh Encik Mohamad Yusuf bin Jaapar, Ketua Unit Kualiti dan Inovasi, Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj.
Sesi perkongsian diteruskan dengan pengenalan projek-projek inovasi serta kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) MPKj kepada delegasi MDTM. MPKj amat berbesar hati menerima kunjungan daripada MDTM dan berharap perkongsian antara pihak berkuasa tempatan (PBT) seumpama ini dapat menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan.