Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI MDTM KE MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

TAIPING, 28 April 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim MDTM telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Sistem Pengurusan Kualiti secara Integrated melibatkan ISO 9001:2015 Quality Management System-QMS, ISO 45001:2018 Occupational Health and Safety Management System-OHS dan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems-ABMS ke Majlis Perbandaran Taiping MP Taiping.


Lawatan tersebut telah disertai oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman bersama beberapa pegawai MDTM. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen pihak pengurusan tertinggi MDTM dalam memperkukuh pelaksanaan sistem pengurusan kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan anti-rasuah di peringkat organisasi.
Program ini bertujuan mendapatkan perkongsian amalan terbaik daripada MP Taiping, khususnya berkaitan pelaksanaan dan pemantapan sistem pengurusan secara bersepadu. Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang kepada peserta untuk bertukar pandangan, menambah pengetahuan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh diaplikasikan di MDTM.


Melalui lawatan penanda aras ini, MDTM berharap agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus, memperkukuh budaya kerja berkualiti serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berintegriti kepada masyarakat.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969