LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN JASIN KE MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM
16 Mei 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Malim, MDTM telah diadakan Taklimat dan Lawatan Penanda Aras Inisiatif Kejiranan Hijau (Elemen Pejalan Kaki) yang dihadiri oleh pegawai jabatan-jabatan teknikal Majlis Perbandaran Jasin. Selain sesi perbincangan dan perkongsian pelaksanaan inisiatif kejiranan hijau oleh MDTM, satu lawatan tapak telah dijalankan untuk menunjukkan contoh pelaksanaan inisiatif tersebut.