LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR
20 NOVEMBER 2025 (Khamis) - Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) telah menerima lawatan penanda aras daripada delegasi Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Lawatan tersebut telah diketuai oleh YBrs. Dr. Shazree Idzham Bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM, serta disertai oleh Setiausaha MDTM, Ahli Majlis MDTM dan pegawai daripada pelbagai jabatan MDTM. Sesi lawatan ini telah berlangsung di Dewan Mesra, MPKangar.
Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi pertukaran pandangan dan perkongsian pengalaman berkaitan pelaksanaan Sistem Kutipan Nir Tunai (Cashless) sebagai usaha memperkukuh amalan terbaik antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan.
Turut hadir dalam sesi perkongsian ini ialah Ahli Majlis MPKangar dan Pengarah Jabatan MPKangar.












