Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN PENANDA ARAS KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

25 Jun 2025 (Rabu) - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah melaksanakan Lawatan Penanda Aras ke Majlis Perbandaran Kuala Langat(MPKL). Delegasi MDTM telah disambut oleh YBrs. Encik Mohd Firdaus Bin Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, MPKL.

Manakala deligasi daripada MDTM diketuai oleh YBrs. TS. Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin ,Ketua Jabatan Teknologi Maklumat,Pelancongan & Rekreasi.

Deligasi daripada MDTM telah disertai oleh 15 orang kakitangan masing-masing daripada Jabatan Perancang Bandar,Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Kejuruteraan & Kawalan Bangunan.

Lawatan ini adalah bagi mempelajari serta mendapatkan informasi pembangunan dan pengurusan Command Centre MPKL.

Melalui lawatan ini, hubungan erat dapat dijalinkan diantara Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Daerah Tanjong Malim, seterusnya dapat memperkukuhkan hubungan dan saling berkongsi informasi serta ilmu dalam melaksanakan pengurusan pusat tersebut.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 21/07/25 • Jumlah Pelawat : 21286959