26 Ogos 2025 (Selasa) - MDTM mengadakan lawatan penanda aras berkaitan produk inovasi STOM iaitu kaedah menghapuskan tunggul pokok yang telah dilaksanakan oleh MPHS. Dalam masa yang sama, peserta lawatan turut dibawa ke Taman Tasik Milenium dan Dataran Warisan di sekitar Kuala Kubu Bharu. Lawatan ini telah disertai oleh Team Landskap MDTM dan Jawatankuasa Unit Inovasi MDTM. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan serta perkongsian mengenai produk inovasi STOM yang digunapakai oleh pihak MPHS sebagai kaedah untuk menghapuskan tunggul pokok setelah pokok selesai ditebang. Inisiatif seumpama ini boleh dijadikan rujukan dan amalan bagi menyelesaikan isu atau aduan yang berbangkit demi kesejahteraan rakyat.