Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK MENAIKTARAF KG.KUBU DAN UJANA MUALLIM

TANJONG MALIM, 21 April 2026 – Tuan Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman bersama Tuan Setiausaha MDTM, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat,Pelancongan & Rekreasi, Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kawalan Bangunan,Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan & Landskap serta wakil pegawai-pegawai berkaitan telah mengadakan lawatan pemantauan Projek Menaiktaraf Kg Kubu dan Ujana Muallim.

Sesi lawatan di Kg.Kubu,Tg.Malim adalah bagi melihat keperluan untuk menaiktaraf dan menambahbaik komponen pembangunan sediada. Ianya bagi memastikan kawasan tersebut menjadi salah satu kawasan ikonik dan destinasi pelancongan di Daerah Muallim.Kampung Kubu ini adalah merupakan perkampungan asal Tg.Malim dan mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan perlu dipelihara serta dipulihara.

Seterusnya Tuan Yang Dipertua meneruskan lawatan ke Ujana Muallim bagi melihat kerja-kerja menaiktaraf tandas,menara tinjau serta beberapa lagi komponen.Ujana Muallim adalah merupakan salah satu kawasan Rekreasi dan Riadah berkonsepkan Taman Rimba Bandar yang disediakan untuk kegunaan penduduk di Daerah Muallim.

Kerja-kerja naiktaraf komponen sedang dilaksanakan dengan menambahbaik infrastruktur sediada berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan oleh pihak kementerian.

Diharap sesi pemantauan ini akan memastikan kelancaran projek disiapkan mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan bagi dimanfaat kepada warga Daerah Muallim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969