LAWATAN MESRA KE BAZAR RAMADAN BEHRANG 2026
Behrang, 14 Mac 2026 – Yang Berhormat Datuk Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Tanjong Malim merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Behrang bagi meninjau suasana perniagaan serta beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung pada petang ini.
Lawatan tersebut turut diiringi oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, yang bersama-sama menyantuni para peniaga dan pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi bazar sempena bulan Ramadan.
Sepanjang lawatan tersebut, Yang Berhormat Datuk bersama Yang Dipertua MDTM berpeluang bertemu secara lebih dekat dengan para peniaga tempatan di samping melihat sendiri pelbagai juadah berbuka puasa yang ditawarkan di bazar tersebut.
Lawatan ini juga menjadi platform untuk mendengar pandangan serta maklum balas daripada para peniaga dan pengunjung mengenai suasana perniagaan serta kemudahan yang disediakan.
Kehadiran Yang Berhormat Datuk bersama Majlis Daerah Tanjong Malim jelas menyerikan lagi suasana bazar di samping mengeratkan hubungan antara pemimpin, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat.