Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN MANGSA BANJIR YAB MENTERI BESAR PERAK KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KAWASAN TANJONG MALIM

15 September 2025 (Isnin) - YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad Menteri Besar Perak turun padang ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sg Sekiah, Dewan Kg OA Sg Lembing dan Dewan Ulu Slim bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang terjejas. YB Puan Hajah Salina binti Samsudin ADUN Behrang, Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri Pegawai Daerah Muallim dan Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim turut sama mengiringi beliau.

Dalam kunjungan ini, YAB MB sempat bertemu dengan penduduk setempat dan mendengar sendiri keluhan rakyat yang terkesan.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas, agensi keselamatan dan sukarelawan yang tidak henti-henti membantu mangsa banjir sejak awal lagi.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286955