Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN MAHKAMAH | BALAI KOTA SURABAYA

Bersama delegasi Majlis Daerah Tanjong Malim, satu kunjungan hormat telah diadakan ke Balai Kota Surabaya sebagai permulaan kepada sesi perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam pentadbiran bandar.

Surabaya sering dirujuk sebagai contoh bandar yang berjaya melaksanakan pembaharuan pentadbiran secara konsisten, berfokus dan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat.

Perbincangan bersama Puan Ana Fajriatin, Penolong kepada Pentadbiran Am Kota Surabaya dan Encik Irvan Widiyanto, Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah telah memberi pendedahan penting berkaitan kepimpinan bandar, penyelarasan antara jabatan serta keupayaan bertindak pantas dalam pengurusan bandar.

Pengalaman ini mengukuhkan keyakinan bahawa sesebuah bandar yang berfungsi dengan baik bermula daripada tadbir urus yang jelas, bertanggungjawab dan berorientasikan penyelesaian.

Lawatan ini juga menyahut saranan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang menyeru semua pihak untuk memperkukuh hubungan antara negara-negara ASEAN, khususnya Indonesia yang merupakan salah satu jiran terdekat Malaysia.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 13/02/26 • Jumlah Pelawat : 21286949