Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DAN PENANDAARASAN PELAKSANAAN INISIATIF BAHARU PENAMBAHBAIKAN PROSES DAN PROSEDUR OSC 3.0 PLUS

Khamis, 25 Julai 2024, Ybrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima lawatan kunjung hormat dan penandaarasan pelaksanaan inisiatif baharu penambahbaikan proses dan prosedur OSC 3.0 Plus daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Semasa lawatan, delegasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah didedahkan dengan pengalaman Majlis dalam melaksanakan proses Industrial Green Lane (IGL) dan penubuhan Unit My Mudah (Muallim Speed Lane (M-SL)). Tempoh tiga jam lawatan telah berjaya diisi dengan saling bertukar maklumat dan pandangan berkenaan perkara-perkara baharu dan best practice skop kerja perkhidmatan perbandaran di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 19/12/24 • Jumlah Pelawat : 21286960