Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) KE MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM (MDTM) BAGI PERKONGSIAN TATACARA KERJA OSC INDUSTRIAL GREEN LANE (IGL), PREREQUISITE (PR), SELF REGULATION (SR), SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE DAN MUALLIM SPEED LANE (M-SL)

5 September 2024 (Khamis) - MDTM telah menerima lawatan kerja daripada delegasi MPHS iaitu seramai 22 orang yang mana diketuai oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS. Lawatan kerja ini telah dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM dan seterusnya sesi perkongsian dan pembentangan oleh Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan dan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) MDTM. Setelah selesai sesi perkongsian dan pembentangan, delegasi MPHS dibawa ke Kilang Pembekal iaitu Syarikat Tuopu Malaysia Sdn Bhd. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat perkembangan pembangunan di kawasan Bandar Proton khususnya melibatkan perancangan pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV).

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 19/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286956