Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN KE LADANG DUSUN RASAU PERDANA MILIK PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK (PPPNP) DAN LAWATAN KE PROJEK PENYEDIAAN FASILITI KEMUDAHAN DI PRODUK PELANCONGAN DAERAH MUALLIM END POINT WHITE WATER RAFTING

Selasa, 26 Mac 2024 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan satu lawatan ke Ladang Dusun Rasau Perdana Milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di Behrang Ulu, Perak. Lawatan ini telah disertai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad (Yang Dipertua, MDTM) bersama Setiausaha MDTM, Encik Roslan Bin Kamaruzaman dan Ketua-ketua Jabatan Majlis Daerah Tanjong Malim dan telah disambut oleh pegawai dan kakitangan PPPNP iaitu Encik Mohamad Hisam Bin Mohamad Yusof selaku Pengurus Kanan, Strategik Dan Pembangunan Perniagaan, Encik Shahrul Jaman, Penolong Pengurus/Pegawai Penjaga Ladang Dusun Rasau Perdana Dan Perak Agro Farm serta Encik Mohd Irwan Bin Shuib, Pembantu Jurukur PPPNP.

Antara tujuan lawatan ini adalah untuk melihat produk-produk agro dan eko yang terdapat di Ladang Dusun Rasau Perdana Dan Perak Agro Farm serta mengenalpasti peluang kerjasama antara dua agensi ini. Pihak MDTM telah diberi penerangan berkaitan latar belakang Ladang Dusun Rasau Perdana Dan Perak Agro Farm dan turut dibawa untuk melihat beberapa produk agro yang terdapat di sini seperti penternakan lembu fidlot, tanaman sawit dan kebun buah-buahan tempatan.

Adalah diharapkan dengan lawatan ini, ianya dapat mewujudkan kerjasama strategik antara dua agensi ini terutamanya berkaitan sektor agro dan eko pelancongan daerah yang boleh diusahakan bersama di masa hadapan.

Selepas lawatan ke Ladang Dusun Rasau Perdana, Tuan Yang Dipertua dan beberapa orang pegawai MDTM telah berkesempatan singgah di Masjid Slim Village bagi menziarahi seorang kakitangan MDTM iaitu Encik Daud Bin Omar yang bertugas di Pejabat Cawangan Slim River atas kepulangan isteri tercinta ke rahmatullah pada pagi hari yang sama. Salam takziah diucapkan buat seisi keluarga Encik Daud Bin Omar dan semoga terus tabah atas ujian ini.

Seterusnya Tuan Yang Dipertua bersama pegawai dari Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan Dan Rekreasi telah melawat ke 𝘦𝘯π˜₯ 𝘱𝘰π˜ͺ𝘯𝘡 𝘸𝘩π˜ͺ𝘡𝘦 𝘸𝘒𝘡𝘦𝘳 𝘳𝘒𝘧𝘡π˜ͺ𝘯𝘨 di Ulu Slim, Slim River bagi meninjau projek penyediaan fasiliti kemudahan di sini. Adalah diharapkan dengan adanya fasiliti kemudahan ini, ianya dapat memberi lebih keselesaan kepada peserta-peserta aktiviti 𝘸𝘩π˜ͺ𝘡𝘦 𝘸𝘒𝘡𝘦𝘳 𝘳𝘒𝘧𝘡π˜ͺ𝘯𝘨 dan seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke daerah ini terutamanya bagi menyertai aktiviti ini.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara Β© 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 19/12/24 β€’ Jumlah Pelawat : 21286960