Rabu, 15 Januari 2025 - Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua MDTM bersama 21 orang Ahli Majlis, Setiausaha Majlis, Ketua-Ketua Jabatan serta wakil Jabatan MDTM. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi pandangan hala tuju dan melihat perkembangan pembangunan di kawasan Bandar Proton khususnya melibatkan perancangan pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV).