27/8/2025 - Sebuah Kursus Siasatan Kemalangan , Merekod & Melapor (Peraturan NADOPOD 2004 ) telah diadakan di Auditorium Sri Tanjong Tingkat 3, Blok A MDTM. Seramai 20 orang kakitangan MDTM yang mengikuti kursus ini adalah merupakan Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MDTM. Antaranya adalah Koordinator JKKP, Urusetia, AJK Siasatan Kemalangan, Wakil Pekerja , Wakil Majikan dan juga beberapa wakil dari jabatan yang terlibat. Penceramah yang memberi taklimat semasa kursus tersebut ialah dari SQC Management (Ipoh) Sdn Bhd, Mr Lee Thean Seng Senior, Consultant Management .
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara dan kaedah menyiasat apabila berlaku kemalangan di tempat kerja. Selain itu juga kursus ini dapat memberi pemahaman kepada peserta tentang Peraturan NADOPOD 2004. Tempoh perjalanan kursus adalah bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang. Dengan adanya kursus seperti ini di harap kakitangan MDTM akan lebih beroleh kesedaran akan kepentingan menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan samada diri sendiri atau rakan sekerja di sekeliling.