KURSUS PENGURUSAN BUKU LOG KENDERAAN, KAD INDEN & REKOD PERGERAKAN DAN PENGGUNAAN KAD SISTEM BAYARAN TOL TANPA RESIT
Pada 30 Mei 2023 (Selasa) bertempat di Auditorium Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim telah diadakan Kursus Pengurusan Buku Log Kenderaan, Kad Inden & Rekod Pergerakan Dan Penggunaan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit yang melibatkan seramai 37 orang kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pemandu/pegawai kenderaan mengurus dan mengendalikan buku log kenderaan, kad inden & rekod pergerakan dan penggunaan kad sistem bayaran tol tanpa resit kenderaan jabatan mengikut pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkuatkuasa. Pihak Majlis telah menjemput En. Muhammad Fairoz bin Abdul Hamid daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta sebagai penceramah kursus tersebut.