Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KURSUS AMALI PENAMBAHBAIKAN KERTAS SIASATAN DAN PROSES KERJA UNIT TEMPAT LETAK KERETA

Tanjong Malim, 11 November 2025 (Selasa)  – Unit Undang-Undang Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama Unit Latihan MDTM telah menganjurkan Kursus Amali Penambahbaikan Kertas Siasatan dan Proses Kerja Unit Tempat Letak Kereta bertempat di Auditorium Seri Tanjung, MDTM.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kecekapan pegawai dalam penyediaan kertas siasatan serta memperkemas proses kerja berkaitan pengurusan tempat letak kereta mengikut tatacara yang ditetapkan.

Sesi kursus telah disampaikan oleh En. Muhammad Khairul Hafizi Bin Osman, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Kajang, yang berkongsi kepakaran berkaitan prosedur penyiasatan, penguatkuasaan serta penyediaan dokumen perundangan.
Seramai 30 orang peserta menghadiri kursus ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perancangan Pembangunan dan Unit Undang-Undang MDTM.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat membantu meningkatkan profesionalisme dan keberkesanan pelaksanaan tugas berkaitan pengurusan tempat letak kereta di MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969