Tanjong Malim, 12 Mac 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ A Sivanesa, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak ke pejabat MDTM.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman.
Pertemuan ini menjadi platform bagi bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan masyarakat, kesejahteraan komuniti dan usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dengan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.
Majlis Daerah Tanjong Malim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YB Dato’ A Sivanesan mengadakan kunjungan hormat ini, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan demi kesejahteraan masyarakat di daerah Muallim dan Tanjong Malim.