Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN HORMAT SERTA PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM SENI BUDAYA DI DAERAH MUALLIM

Tanjong Malim, 13 Julai 2026 – Kunjungan hormat oleh Puan Rozalina, Timbalan Pengerusi Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Muallim kepada Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM bagi memperkenalkan persatuan ini serta fungsinya di bawah Majlis Kebudayaan Negeri Perak.

Kunjung hormat ini juga bagi membincangkan program-program berteras seni budaya di daerah Muallim yang akan memberi manfaat kepada masyarakat amnya.

Turut hadir bersama Pn. Syahidatul Munirah, Bendahari Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Muallim dan Ts. Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan & Rekreasi MDTM.

Semoga kunjung hormat ini menjadi titik tolak kepada usaha- usaha bagi meningkatkan pelancongan dari segi kebudayaan, kesenian, warisan, sejarah dan pendidikan daerah Muallim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286972