Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MIC PERAK KE MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

Tanjong Malim, 12 Mac 2026 – Tan Sri M Ramasamy, Pengerusi MIC Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) hari ini bagi mengeratkan hubungan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, dalam suasana penuh mesra di pejabat MDTM. Pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan mengenai kerjasama strategik serta perkongsian pandangan dalam usaha memperkukuh pembangunan daerah Tanjong Malim.

Majlis kunjungan hormat ini diharapkan dapat mempereratkan lagi hubungan antara pihak kepimpinan masyarakat dan pentadbiran tempatan demi kesejahteraan serta kemajuan daerah.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969