KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI KEMAJUAN PERKAMPUNGAN DAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG BARU DAERAH MUALLIM KEPADA YDP MDTM
Khamis, 9 Januari 2025 - Seramai 8 orang yang mana diketuai oleh Encik Ethan Law, Pegawai Kemajuan Perkampungan Daerah Muallim bersama 7 orang Pengerusi JPKK (Kg Baru) hadir memperkenalkan diri kepada YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM dan Encik Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM serta seterusnya membincangkan beberapa isu permasalahan yang berbangkit di kampung seliaan masing-masing.






