Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN HORMAT MDTM KEPADA PENGARAH INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN)

SELASA, 2 Julai 2024 - MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM bersama All Trail Project Event Management telah mengadakan pertemuan bersama pihak Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) bagi membincangkan berkenaan cadangan untuk menjadikan INSTUN sebagai lokasi starting point bagi Camelbak Muallim Ultra Trail 2024 (CAMTRA) pada 20 hingga 22 September 2024. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM. Turut hadir bersama ialah Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, En. Muhd Saifulbahari bin Hassan, Pegawai Tadbir MDTM, Ts. Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin, Pen. Peg. Teknologi Maklumat merangkap Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekreasi MDTM dan Pn. Syahida binti Mohd Zin, Pen. Peg. Tadbir Kanan MDTM. Perbincangan lanjut akan diadakan seterusnya bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada En. Khairin Nazry bin Karim, Pengarah INSTUN dan Ketua-Ketua Bahagian INSTUN yang terlibat kerana sudi meluangkan masa dan seterusnya meluluskan permohonan berkenaan. Semoga segala yang dirancang dipermudahkan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 12/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961