Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN HORMAT ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PERAK KEPADA TUAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

8 Mei 2026 - Kunjungan hormat oleh Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Perak, Pn.Shahida binti Mohamad Salleh kepada Tuan Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman,Yang DiPertua MDTM. Tujuan kunjungan adalah berikutan rancangan kerjasama bagi penganjuran program Majlis Bicara Sejarah : "Gema Pertempuran Di Sungkai Dan Slim River Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-69 Tahun 2026".

Program yang julung kali dirancangkan penganjurannya ini adalah bertujuan menyingkap kembali serta menghayati pengorbanan pejuang-pejuang negara ketika Perang Dunia Kedua pada 8 Disember 1941,mendaratnya tentera Jepun di Tanah Melayu. 5 Januari 1942 serangan pertama tentera Jepun keatas Slim RIver,gagal atas tindakan sekatan tentera British terhadap kemaraan tentera Jepun.

Pertempuran di Slim River pada 7 Januari 1942 yang dikenali sebagai "Battle Of Slim River" menyaksikan serangan tentera penjalan kaki dan kereta kebal Jepun terhadap tentera British dengan jumlah korban 1,000 orang. Turut hadir bersama Pn.Siti Nursuria Aida binti Bakri,Penolong Pengarah Arkib Negeri 1 dan Ts Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin,Ketua Jabatan Teknologi Maklumat,Pelancongan & Rekreasi MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028