Tanjong Malim, 9 April 2026 – Coco Hu Ke, Executive Vice President, AHTV Alliance Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) hari ini bagi mengeratkan hubungan dan membincangkan hala tuju pembangunan serta perancangan AHTV khususnya di Bandar Proton.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman bersama Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan,MDTM dalam suasana penuh mesra di pejabat MDTM. Sesi pertemuan ini bagi membincangkan kerjasama strategik antara MDTM dan AHTV yang mana sediamaklum PROTON adalah pemain industri utama di Daerah Muallim khususnya dan Perak amnya.
Ini termasuklah perancangan terkini dan akan datang Proton bagi tempoh sehingga 2030 melibatkan industri automotif negara di kawasan AHTV.
Selain itu perbincangan juga meliputi aspek keperluan peluang pekerjaan,kemudahan,alam sekitar dan sosial agar pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara mampan. Tuan YDP juga memohon agar pihak AHTV dapat mengadaptasi aspek Bandar Pintar di kawasan AHTV yang mana impaknya pada akan datang dapat dirasai dan dimanfaatkan oleh industri dan penduduk setempat.
Majlis kunjungan hormat ini diharapkan dapat mempereratkan lagi hubungan antara pihak industri dan MDTM demi kesejahteraan penduduk serta kemajuan daerah.