Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN HORMAT AHLI MAJLIS MDTM BERSAMA PEGAWAI KESIHATAN DAERAH MUALLIM

BEHRANG, 13 Julai 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat bersama Pegawai Kesihatan Daerah Muallim, Dr Raja Mohd Azim bin Raja Haron, bertempat di Klinik Komuniti Behrang 2020.

Kunjungan tersebut melibatkan Ahli-Ahli Majlis MDTM dan diketuai oleh Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, bersama pegawai-pegawai MDTM.

Sesi berkenaan menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara MDTM dan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, khususnya dalam perkara berkaitan kesihatan awam, kesejahteraan komuniti serta penyelarasan tindakan yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat.

Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan dan membincangkan perkara berkaitan penyampaian perkhidmatan kesihatan serta usaha meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan persekitaran.

MDTM berharap hubungan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh demi memastikan pelaksanaan program dan inisiatif berkaitan kesihatan awam di Daerah Muallim dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286972