IPOH, 23 Disember 2025 – Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, A.M.P turut hadir bersama Clr. Prema Anathan a/l Parangodan dan Clr. Mohamad Khairudin bin Mohamad Nor, Ahli Majlis MDTM serta Pegawai MDTM ke Kolokium Bandar Pintar Negeri Perak 2025 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertempat di Galasa Caldwell, Ipoh.
Kolokium tersebut telah dirasmikan oleh YB. Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak. Melalui ucapan perasmian beliau menekankan kepentingan peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyokong pelaksanaan Inisiatif Bandar Pintar yang mampan dan berteraskan kesejahteraan rakyat.
Kehadiran Dr YDP MDTM dalam kolokium ini mencerminkan komitmen MDTM untuk memperkukuh kefahaman terhadap dasar dan hala tuju negeri, selain meneroka amalan terbaik serta pendekatan baharu berkaitan teknologi, inovasi dan penglibatan komuniti dalam pembangunan bandar pintar.
Penganjuran kolokium ini selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, sekali gus menyokong usaha MDTM dalam meningkatkan kualiti tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan terbaik khusus kepada masyarakat Tanjong Malim & Daerah Muallim.