Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KOLOKIUM AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PERAK SEJAHTERA 2030: YAB MENTERI BESAR PERAK BERSAMA AHLI MAJLIS DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

6 Ogos 2025, Rabu – Program yang diadakan di Galasa Caldwell, Ipoh ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Tanjong Malim serta Ketua-Ketua Jabatan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seterusnya, Program Bicara Eksekutif Perak Sejahtera 2030 oleh YAB Menteri Besar Perak bersama Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut diadakan bagi menjadi medan komunikasi dua hala yang strategik antara kepimpinan kerajaan negeri dan barisan Ahli Majlis PBT seluruh Perak.

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan aktif mereka sebagai penghubung rakyat setempat dan kerajaan bagi memastikan kejayaan agenda pemerkasaan PBT dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 dapat dicapai dengan jayanya. Tumpuan utama perbincangan termasuklah usaha mempertingkat kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan, memperluas penglibatan komuniti dalam pembangunan setempat dan lain-lain.

Program ini juga turut diselitkan dengan sesi perkongsian ilmu Perak Sejahtera 2030 dan Pengurusan Aduan. YAB Menteri Besar Perak juga turut menyampaikan sijil penyertaan kepada 15 PBT pada hari tersebut.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286955