Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KIBARAN BENDERA NEGERI PERAK SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2025

Sukacita dimaklumkan, Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan disambut pada Hari Jumaat, 7 November 2025

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipelawa dan digalakkan mengibarkan Bendera Negeri Perak di premis perniagaan/kediaman tuan/puan sebagai lambang semangat taat setia kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Pemasangan dan pengibaran Bendera Negeri Perak boleh dilaksanakan serta-merta sehingga 1 Disember 2025.

Disamping itu juga, tuan/puan hendaklah memastikan bendera-bendera yang telah dinaikkan berada dalam keadaan baik dan elok. Sentiasa dipelihara dan diberi penghormatan sewajarnya serta tidak dibiarkan lusuh dan tidak terjaga sepanjang tempoh tersebut. Manakala bendera yang telah koyak atau pudar warnanya hendaklah diganti baru.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969