Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KHATAM AL-QURAN 1447H/2026 WARGA KERJA MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

13 Mac 2026 (Jumaat) – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESAN) Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran dalam kalangan warga kerja MDTM sempena bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini.

Program tadarus yang disertai oleh warga kerja MDTM ini telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan dan diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran sebagai simbolik penutup kepada pengisian rohani yang dilaksanakan sepanjang program tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim yang dipimpin oleh Encik Amir bin Ahmad dan turut disertai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman. Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Ketua-Ketua Jabatan/Unit serta warga kerja MDTM yang terlibat.

Program diteruskan dengan penyampaian sumbangan saguhati oleh Yang Dipertua MDTM kepada para peserta tadarus sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan mereka dalam menjayakan program ini.

Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam memeriahkan bulan Ramadan di samping mengeratkan ukhuwah serta menerapkan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga kerja MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969