Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KARNIVAL KOMUNITI MADANI @ MUALLIM

28 Oktober 2023 (Sabtu) – Program Karnival Komuniti Madani @ Muallim Di Bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Fasa 2 Bil. 1 Tahun 2023 bertempat di Pusat Bandar Tanjong Malim telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk Muallim yang hadir melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, Community Walk, Community Talk, Pertandingan Netball Shoot Out, Penalty Shoot Out, Pertandingan Mewarna dan Muallim Digital eSports Festival 2023 (MDEF 2023).
Program Karnival Komuniti Madani @ Muallim tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Salina Samsudin merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang. Turut hadir dalam upacara perasmian ialah YDH Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad (Orang Besar Jajahan Muallim), Yang Berusaha En. Roslan bin Kamaruzaman (Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim), En. Khairul Najib bin Hashim (Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Tanjong Malim wakil Ahli Parlimen Tanjong Malim), Ketua-Ketua Agensi Kerajaan sekitar Muallim serta wakil, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanjong Malim dan Ketua-ketua Jabatan Majlis Daerah Tanjong Malim.
Majlis Daerah Tanjong Malim merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Jabatan/ Agensi / NGO yang terlibat sama dalam menjayakan PROGRAM KARNIVAL KOMUNITI MADANI @ MUALLIM DI BAWAH PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) FASA 2 BIL. 1 TAHUN 2023.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961