Jumpaan terkini MHGSOC iaitu dua batu konkrit anti-kereta kebal di Pekan Tanjung Malim hari ini. Batu ini digunakan bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke selatan. Kedudukan asal Batu ini mungkin berada di jalan utama Tg Malim - Ipoh berdekatan jambatan utama Tanjung Malim yang bersempadanan dengan Hulu Bernam/Selangor sebelum dialihkan ke tempat sekarang. Artifak sejarah Perang Dunia Kedua ini yang hampir berusia 85 tahun yang boleh dijadikan sebagai tarikan utama Pekan Tanjung Malim. Sebelum ini kami menjumpai Batu yang sama di Pekan Trolak.
Batu ini menjadi titik pertahanan tentera British Dari Divisyen ke-11 British India di Tanjung Malim ketika Pertempuran Slim berlaku pada 7 Januari 1942. Kawasan Pekan dan Jambatan ini menjadi kawasan pertahanan utama British sebelum berundur ke Selangor. Mungkin ada pihak boleh mengusahakan sesuatu agar Batu Batu ini dikumpulkan pada satu kawasan yang mudah dilawati peminat sejarah.