13 September 2025 (Sabtu) - Program Jiwa @Komuniti Madani sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 bertempat di Dewan Seri Melati, Klan Halt telah berlangsung pada 13 SEPTEMBER 2025(Sabtu) bermula seawal jam 7.30pagi dengan program jualan rahmah Madani dan acara-acara menarik seperti pameran daripada agensi-agensi awam ,jualan makanan dan minuman , Sukaneka serta Cabutan Bertuah .Majlis Daerah Tanjong Malim(MDTM) turut menawarkan pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta sebanyak 50% sepanjang bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia pada program ini.
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Muallim, Ahli Majlis Zon B7,Clr. Janaidah bt. Hashim dan KRT Klan Halt. Tn Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua MDTM telah merasmikan Program ini,dimana program komuniti ini telah berlangsung dengan jayanya.
Turut hadir YB Hajah Puan Salina bt Samsudin (ADUN Behrang) hadir bersama Encik Khairol Najib bin Hashim (Pegawai Khas Ahli Parlimen Tg. Malim)