23 Feb 2026 (Isnin) - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah melaksanakan aktiviti cerapan data utiliti di kawasan industri Proton City sebagai usaha memperkukuh pengurusan utiliti dan sokongan teknikal berasaskan data, selari dengan agenda pembangunan negeri.
Selaras dengan usaha transformasi digital serta menyokong inisiatif perbandaran pintar melalui Blueprint Bandar Pintar Perak 2040 dan Pelan Bandar Pintar Muallim, pihak Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) bekerjasama dengan MDTM dalam skop pembangunan utiliti secara terancang dan mampan.
Pelaksanaan ini turut menyokong aspirasi Perak Sejahtera 2030 melalui penyelarasan data utiliti yang lebih tepat, bersepadu dan efisien bagi kegunaan perancangan serta penyelenggaraan infrastruktur.
Aktiviti ini telah disertai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, sebagai tanda komitmen kepimpinan MDTM dalam mendokong tadbir urus bandar pintar dan pembangunan industri yang mampan.