Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

CAMPING X HIKING @ UJANA MUALLIM

CAMPING X HIKING @ UJANA MUALLIM
2 – 3 MAC 2024 (SABTU - AHAD)
TAPAK PERKHEMAHAN RUMPUN@UJANA, UJANA MUALLIM DAN LATA PERANGIN, TANJONG MALIM

Majlis Daerah Tanjong Malim, Kelab Rakan Muda Baragas Escapade, Kelab Jati Diri Serendah dan Pejabat Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara bersama Kementerian Belia Dan Sukan serta Pejabat Parlimen Tanjong Malim telah menganjurkan program "Camping X Hiking @Ujana Muallim". Program ini telah disertai oleh kumpulan belia anak muda penggemar aktiviti perkhemahan dan pengembaraan dari Negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penganjuran program ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang mahir dengan kelangsungan hidup (survival) di hutan serta memperkenal dan mempromosikan Rumpun@Ujana sebagai lokasi perkhemahan menarik juga Lata Perangin yang merupakan salah satu dari puluhan lata air terjun yang terdapat di Daerah Muallim, Perak.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia aktif dan pempengaruh (influencer) bebas dari Kelab Rakan Muda Baragas Gesir Tengah, Kelab Belia Jati Diri Serendah dan Persatuan Sukarelawan Belia Muda Wilayah Persekutuan telah menyertai program selama dua hari satu malam ini yang melibatkan aktiviti perkhemahan ditapak perkhemahan Rumpun@Ujana, Ujana Muallim. Manakala aktiviti mendaki (hiking) ke Lata Perangin pula telah dijayakan pada keesokan harinya. Program ini telah dirasmikan oleh En. Law Chun Yoong, wakil dari Pejabat Parlimen Tanjong Malim.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kerjasama menjayakan salah satu program pelancongan Daerah Muallim sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961