Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

BENGKEL TRANSFORMASI KETERAMPILAN & PERSONALITI DIRI PENJAWAT AWAM

Tanjong Malim, 9 Disember 2025 (Selasa) – Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri Penjawat Awam telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Seri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Program tersebut menghimpunkan seramai 77 orang peserta yang terdiri daripada pegawai serta kakitangan MDTM.

Bengkel anjuran Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Pesona Karisma Event & Planner ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Mohd Noor Azmin bin Marzukhi.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian berkaitan etiket sosial, peningkatan keterampilan diri, serta tatarias profesional khususnya bagi penjawat awam wanita. Program ini diadakan bagi meningkatkan imej, keyakinan diri dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja MDTM selaras dengan keperluan perkhidmatan awam masa kini.

Program berkenaan diakhiri dengan sesi perkongsian interaktif serta demonstrasi tatarias yang mendapat sambutan positif daripada para peserta.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969