Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

ASEAN SMART CITIES NETWORK KUALA LUMPUR 2025

9 September 2025 (Selasa)– Program Smart Cities Asia 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa pembangunan bandar pintar di Malaysia.

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) turut hadir melalui delegasi yang diketuai oleh Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM. Turut serta ialah Ts. Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekreasi, Encik Saiful Nizam bin Yamegun, Ketua Jabatan Perancang MDTM, serta beberapa orang kakitangan MDTM.

Program ini menghimpunkan wakil daripada agensi-agensi awam, pihak berkuasa tempatan, agensi pelaksana serta syarikat-syarikat pelopor teknologi bandar pintar dari dalam dan luar negara.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969