Majlis Daerah Tanjong Malim telah memenangi Naib Juara Kategori Daerah bagi Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik bagi Pelaksanaan Pembayaran Tanpa Tunai 2024 (Best PBT Award) bersempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2024 bertemakan 'Sinergi MADANI, Perkukuh PBT' anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 26 dan 27 Oktober 2024 bertempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Majlis ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua MDTM, Cik Noor Zatul 'Iffah binti Ibrahim Akauntan MDTM, Encik Parthivan a/l Veeranan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat MDTM dan Encik Muhamad Nashruzzaman bin Hasan Pembantu Tadbir Kewangan MDTM. Syabas dan tahniah diucapkan.