Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM TAHUN 2024

Pada 29 Julai 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Seri Tanjong, MDTM, telah diadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MDTM bagi tahun 2024.

Majlis ini dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam yang dipimpin oleh Pasukan Koir MDTM.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM. Seramai 16 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 16 orang penerima Anugerah Keterampilan, seorang penerima Anugerah Khas YDP dan 10 orang penerima Anugerah Pesara telah diumumkan pada malam tersebut.

Majlis ini turut diselitkan dengan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Kakitangan MDTM, Hadiah Cabutan Bertuah dan Anugerah Pakaian Terbaik kategori lelaki dan wanita bertemakan Pakaian Tradisional Malaysia. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan OpisMate Band MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969