SLIM RIVER- Pada 8 Julai 2026 (Rabu) Bertempat di Pasar Awam Slim River, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tapah dengan kerjasama MDTM telah menganjurkan Advokasi Program Pasar Patuh Bersama KPDN 2026.
Program ini bertujuan utk memacu kecemerlangan pematuhan undang-undang perniagaan dan membudayakan amalan kawalan kendiri ('self-regulation') di kalangan peniaga bagi melahirkan komuniti peniaga yg bertanggungjawab dan beretika tinggi.
Agensi yang turut hadir adalah daripada SSM serta Pejabat Kesihatan Daerah Muallim.
Semasa program berlangsung, pihak MDTM turut menjalankan Kempen Tiada Beg Plastik Jinjit.Sebanyak 100 helai beg woven telah dibuat edaran kepada pengunjung Pasar Awam Slim River yang membeli berangan keperluan bagi menggalakkan penggunaan beg bukan sekali guna seterusnya mengurangkan pengggunaan beg plastik dalam urusan seharian.
JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN MDTM