Program Smart Cities Asia 2025 telah berlangsung pada 26-27 OGOS 2025 bertempat di CCEC, The Vertical dihadiri oleh Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim(MDTM) turut Hadir Bersama Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Ts Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekreasi dan Encik Saiful Nizam bin Yamegun, Ketua Jabatan Perancang MDTM. Program ini telah dihadiri oleh wakil daripada agensi-agensi awam,pihak berkuasa tempatan juga agensi pelaksana juga syarikat-syarikat pelopor bandar pintar dari dalam dan luat negara.
Pada sidang ini juga Tn Yang Dipertua MDTM,turut berkongsikan pandangan serta perancangan dan persediaan daerah Muallim kearah pelaksanaan sebuah Bandar Pintar dan Bandar Automotif Berteknologi Tinggi yang bersepadu dan komprehensif.