Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Jabatan/Bahagian/Unit

Majlis Daerah Tanjong Malim disokong oleh 11 jabatan dan unit untuk memacu matlamat dan objektif Majlis Daerah Tanjong Malim dan melaksanakan dasar-dasar yang ada. Setiap jabatan dan unit mempunyai fungsi masing-masing dalam usaha untuk merealisasikan wawasan MDTM. Ketua Jabatan dan Ketua Unit adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi ini dijalankan dengan adil dan saksama berdasarkan kepada Akta dan Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan.

JAWATAN NAMA
Yang Dipertua Mohd Ikram Bin Ahmad, P.P.T
Setiausaha Roslan Bin Kamaruzaman

Senarai Jabatan Di Majlis Daerah Tanjong Malim

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

.

Fungsi Jabatan:-

  • Mengurus serta menyelaras perlantikan kakitangan, pencen, pengesahan jawatan dan tatatertib juga menyediakan dan melengkapkan panel gaji serta laporan pengistiharaan harta kakitangan.
  • Mengurus menyelia serta mengemaskini rekod-rekod perkhidmatan, data personal, persaraan, cuti, tuntutan insuran kakitangan dan sebagainya yang berkaitan dengan perjawatan.
  • Menjalankan program dan jadual latihan kakitangan seperti yang telah dijadualkan, menyusun kursus induksi dan peperiksaan kakitangan.
  • Mengurus penyewaan dewan, padang dan peralatan Majlis.
  • Memantau harta-harta sewaan Majlis dan membuat cadangan nilaian semula bagi menambah hasil Majlis.

Hubungi Kami : 

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

Nombor telefon : 05-4563453
Nombor faks : 05-4563430
Alamat  : Jabatan Khidmat Pengurusan, MDTM.
Pegawai  : En. Mohd Saifulbahari Bin Hassan
Email  : saifulbahari[alias]mdtm[dot]gov[dot]my
JABATAN PERBENDAHARAAN

.

Fungsi Jabatan:-

  • Membuat kutipan hasil Majlis dan menyediakan laporan hasil Majlis.
  • Memantau tunggakan hasil dan menyediakan laporan tunggakan hasil Majlis.
  • Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan dan menguruskan perbelanjaan Majlis.
  • Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan dan menguruskan perbelanjaan Majlis.
  • Menguruskan pembayaran gaji dan elaun-elaun kakitangan dan Ahli Majlis.
  • Menyediakan belanjawan Majlis.
  • Menguruskan sewaan premis dan harta Majlis.

 

Hubungi Kami :

JABATAN PERBENDAHARAAN

Nombor telefon : 05-4563422
Nombor faks : 05-4563430/440
Alamat : Jabatan Perbendaharaan, MDTM.
Pegawai : Cik Noor Zatul ‘Iffah Binti Ibrahim
eMel : iffah[alias]mdtm[dot]gov[dot]my
JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
  • Unit COB
  • Unit Sewaan​
JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

A. Bahagian Perancang Bandar

Fungsi Bahagian:-

  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perancang Bandar dan Desa.
  • Menyediakan ulasan permohonan tanah.
  • Menyediakan ulasan fail-fail bangunan.
  • Menyediakan ulasan penukaran syarat tanah.

Aktiviti Bahagian:-

  • Memproses Permohonan Susunatur.
  • Memproses Pelan Pita Ukur.
  • Memproses Permohonan Kebenaran Merancang.
  • Memproses Permohonan Penamaan Skim.
  • Memproses Permohonan Penamaan Jalan.
  • Memproses Permohonan Landskap.

 

Hubungi Kami :

BAHAGIAN PERANCANG BANDAR

Nombor Telefon : 05-4563411
Nombor Faks : 05-4563430/440
Alamat : Bahagian Perancang Bandar,
Jabatan Perancangan Pembangunan, MDTM.
Pegawai : Saiful Nizam Bin Yamegun
eMel : jabatanperancangan[alias]gmail[dot]com

B. Bahagian Lanskap

Maklumat Sedang Dikemaskini

JABATAN KEJURUTERAAN

.

Fungsi Jabatan:-

  • Penyediaan ringkasan projek dan peruntukan.
  • Pengurusan perolehan.
  • Pengurusan projek.
  • Pengurusan pembayaran.
  • Penyelenggaraan utiliti jalan, parit dan bangunan.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan Bahagian Kejuruteraan dan mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap aduan-aduan tersebut.
  • Melaksanakan penguatkuasaan bangunan tanpa kelulusan.
  • Penyediaan lukisan kerja projek pembangunan Majlis.
  • Penyediaan data MARRIS.

Aktiviti Jabatan:-

  • Memproses kelulusan pelan (R&D).
  • Memproses permohonan izinlalu.
  • Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan.
  • Memproses permohonan kelulusan permit kerja kecil.
  • Memproses permohonan sijil layak menduduki (CF).
     

Hubungi Kami :

JABATAN KEJURUTERAAN

Nombor Telefon : 05-4563433
Nombor Faks : 05-4563430/440
Alamat : Jabatan Kejuruteraan & Kawalan Bangunan, MDTM.
Pegawai :  
eMel :  
JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN & KESIHATAN

Fungsi Bahagian:-

  • Melaksanakan pemakaian Akta / Undang-Undang Kecil / Dasar-dasar yang berkaitan Bahagian Pelesenan dan memastikan pelaksanaan undang-undang / Dasar-dasar tersebut dipatuhi.
  • Mengawal dan memantau pengeluaran lesen, pemilik lesen, aktiviti-aktiviti perniagaan dan premis perniagaan.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan Bahagian Pelesenan dan mengambil tindakan yang bersesuian terhadap aduan-aduan tersebut.
  • Menyediakan laporan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan Bahagian Pelesenan.
  • Memberikan khidmat nasihat dan informasi terkini kepada pelanggan berkaitan urusan Bahagian Pelesenan.
  • Memastikan segala pengeluaran lesen / Permit Perniagaan adalah telus, jujur, adil dan seimbang dengan keperluan semasa.
  • Memproses Permohonan Lesen Premis dan Iklan Perniagaan.
  • Memproses Permohonan Lesen Penjaja.
  • Memproses Permohonan Lesen Premis Hiburan.
  • Memproses Permohonan Lesen Papan Iklan.
  • Memproses Permohonan Lesen Pasar Awam dan Harta Majlis.
  • Memproses Permit Kain Rentang dan Banting.
  • Memproses Permohonan Permit Sementara Pasar Lambak / Pasar Malam dan Pekan Sehari.
  • Memproses Permohonan Permit Perniagaan Sementara Ekspo / Jualan Bermusim dan Jualan Sementara.
  • Memproses Permohonan Permit Meletakkan Meja Makan Diluar Premis Perniagaan.
  • Memproses Permohonan Pengeluaran Deposit Yang Berkaitan Bahagian Pelesenan.
  • Memproses Permohonan Pertukaran Alamat Perniagaan / Kediaman.
  • Memproses Permohonan Tambahan Jenis Perniagaan / Pembatalan Lesen Perniagaan.
  • Memproses Pemohonan Rayuan Lesen / Permit Perniagaan.
  • Memproses Pembaharuan Lesen / Permit Perniagaan.
     

Hubungi Kami :

BAHAGIAN PELESENAN & KESIHATAN AM

Nombor Telefon : 05-4563445
Nombor Faks : 05-4563430/440
Alamat : Bahagian Pelesenan & Kesihatan Am,
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan, MDTM.
Pegawai :  Pn. Siti Aida Binti Rasidi
eMel : sitiaida[alias]mdtm[dot]gov[dot]my

B. Bahagian Kebersihan

Maklumat Sedang Dikemaskini

JABATAN PENGUATKUASAAN

.

Fungsi Jabatan:-

  • Melaksanakan kerja-kerja penguatkusaan PBT berlandaskan Akta Kerajaan Tempatan:-
  • Akta Jalan Parit Dan Bangunan.
  • Akta Perancangan Bandar Dan Desa
  • Undang- Undang Kecil Majlis Daerah Tanjong Malim.
  • Menyiasat aduan awam dan mengambil tindakan penguatkuasaan.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan Bahagian Penguatkuasa dan mengambil tindakan yang bersesuian terhadap aduan-aduan tersebut.
     

Aktiviti Jabatan:-

  • Penyediaan dokumen pendakwaan untuk tindakan jabatan kejuruteraan dan Undang-Undang.
  • Mengawasi dan mengambil tindakan terhadap kacau ganggu.
  • Pemeriksaan lesen-lesen perniagaan.
  • Mengawasi Pasar Besar, Pasar Lambak dan Pasar Malam.
  • Pemeriksaan bangunan haram dan tambahan bangunan.
  • Menyelenggara urusan tempat letak kereta di kawasan kawalan MDTM dan penguatkuasaan Peraturan Lalulintas.
     

Hubungi Kami : 

JABATAN PENGUATKUASAAN

Nombor telefon : 05-4563439
Nombor faks : 05-4563430/440
Alamat : Jabatan Penguatkuasaan, MDTM.
Pegawai : En. Ahmad Zamil Bin Hj. Sabri, PPT
Email : zamil[alias]mdtm[dot]gov[dot]my
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, PELANCONGAN DAN REKREASI

.

Visi:-

  • ICT Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Misi:-

  • Menjadikan Majlis Daerah Tanjong Malim sebagai sebuah organisasi berelektronik.

Piagam Pelanggan:-

- Dalam menyediakan perkhidmatan IT yang progresif, berkesan dan berkualiti kami bersedia :-

  • Mengenalpasti potensi ICT dan menggalakkan penerapan Teknologi terkini yang bersesuaian untuk Majlis Daerah Tanjong Malim agar setanding dengan perkembangan arus teknologi pada masa ini.
  • Memberi layanan mesra, bersopan dan sentiasa prihatin kepada masalah dan keperluan pengguna.
  • Memastikan data pengguna adalah selamat dan hanya boleh dicapai oleh pengguna yang sah sahaja.
  • Memastikan rangkaian komputer beroperasi dan selamat digunakan dan membaiki kerosakan (jika ada) dalam tempoh 1 hari bergantung kepada kerosakan dan menyediakan komputer gantian untuk memastikan kerja berjalan lancar.
  • Menyediakan prosedur Backup dan Recovery untuk pangkalan data dan memastikan keselamatan pangkalan data.
  • Memastikan preventive maintenance untuk penyenggaraan server, rangkaian dan sistem aplikasi dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
  • Sentiasa peka kepada teknologi semasa dan berusaha menyediakan tambahan perkakasan, perisian dan perkhidmatan mengikut perkembangan semasa.
  • Berusaha menyediakan maklumat terkini dan relevan dengan cepat dan tepat dalam masa yang diperlukan.
     

Fungsi Jabatan:-

  • Menyelenggara dan mengawal sistem komputer yang terdapat dan digunakan di Majlis.
  • Memastikan semua sistem komputer yang digunakan di Majlis sentiasa berada dalam keadaan yang stabil dan boleh digunakan.
  • Menyelia, mengemaskini, menyelenggara dan mengawal Laman Web Majlis.
  • Menyelenggara dan mengawal semua ‘server-server' yang digunakan di Majlis.
  • Mengemaskini dan menyelenggara sistem S.P.B.T.
  • Menyediakan ‘Backup' bagi ‘database server'.
  • Menyedia dan menyelenggara rangkaian di Majlis.
  • Menyedia dan menyelenggara rangkaian tanpa wayar di Majlis.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan menggunakan teknologi terkini kepada Majlis.

 

Hubungi Kami :

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, PELANCONGAN & REKREASI

Nombor Telefon : 05-4563437
Nombor Faks : 05-4563430/440
Alamat : Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekreasi, MDTM.
Pegawai : En. Shahzan Hafiz Bin Zainal Abidin
Email ​ : hafiz[alias]mdtm[dot]gov[dot]my
UNIT UNDANG-UNDANG

.

Fungsi Bahagian:-

  • Memberi nasihat, pendapat dan pandangan perundangan kepada Majlis.
  • Bertanggungjawab mengendalikan semua urusan pendakwaan ke atas pelbagai kesalahan undang-undang yang berkuatkuasa di dalam kawasan kawalan Majlis.
  • Bertanggungjawab membuat tuntutan hutang, tuntutan sivil terhadap mana-mana individu yang mempunyai tunggakan hutang dengan Majlis.
  • Bertanggungjawab mengendalikan dokumen-dokumen berkaitan dengan undang-undang dan perintah-perintah yang berkaitan dengan penguatkuasaan.
  • Menggubal, meminda, mengulangkaji dan menterjemah semua undang-undang dan perintah yang diterimapakai dan dikuatkuasakan oleh Majlis.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan undang-undang baru dan pindaan undang-undang kecil yang sedia ada.
  • Bertanggungjawab mengatur penurunan kuasa untuk semua kategori jawatan dan menyediakan kad kuasa untuk Ahli-Ahli Majlis.
     

Hubungi Kami :

UNIT UNDANG-UNDANG

Nombor Telefon : 05-4563443
Nombor Faks : 05-4563430/440
Alamat : Bahagian Undang-Undang, MDTM.
Pegawai : Nadiah binti Kamaruddin
eMel :
UNIT AUDIT DALAM

.

Maklumat Sedang Dikemaskini

UNIT PUSAT SEHENTI (OSC)

.

Maklumat Sedang Dikemaskini

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961