Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Soalan Lazim

  • Adakah saya perlu membayar cukai sekiranya rumah yang saya duduki adalah rumah sewa yang mempunyai tunggakan?
    -Ya, membayar cukai adalah tanggungjawab pemilik rumah, sekiranya berlaku perkara seperti di atas maka penyewa boleh membayar cukai melalui potongan sewa untuk mengelakkan harta/rumah anda disita.
  • Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?
    Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.
  • Adakah saya perlu membayar cukai sedangkan tanah saya hanya merupakan tanah pertanian yang ditanam kelapa sawit dan terletak jauh dari pekan?
    -Ya, walaupun tanah anda hanya merupakan tanah pertanian atau tanah kosong yang akan didirikan bangunan, cukai mesti dibayar kerana tanah anda terletak dalam kawasan Majlis Daerah dan selaras dengan peruntukan Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?
    -Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.
  • Mengapa cukai taksiran perlu dibayar sedangkan rumah saya tidak menerima sebarang perkhidmatan pengangkutan sampah, kemudahan laluan / jalan, penyediaan lampu, longkang, parit dan sebagainya oleh Majlis Daerah?
    -Walaupun anda tidak menerima sebarang perkhidmatan dari Majlis Daerah seperti yang tersebut di atas, namun membayar cukai tetap menjadi tanggungjawab anda kerana kawasan anda telah diisytiharkan termasuk kawasan bercukai Majlis Daerah.
  • Apa yang perlu saya lakukan, jika bil cukai tidak diterima?
    -Jika anda tidak menerima / lewat menerima Bil Cukai Taksiran, anda perlu membawa bil lama ke kaunter semakan cukai taksiran untuk mendapatkan bil yang baru.
  • Bilakah tarikh sebenar membuat pembayaran untuk mengelakkan sebarang denda dikenakan?
    -Tarikh bayaran untuk elakkan denda adalah : 1/2 tahun pertama mulai 1hb. Januari hingga 28hb. Februari dan 1/2 tahun kedua mulai 1hb. Julai hingga 31hb. Ogos setiap tahun.

Untuk keterangan lanjut,

  • Puan Rohana Bt. Mat Nayan
  • 05-4563427
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Utama
  • Informasi
  • Soalan Lazim

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961