Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

SERTAI KEMPEN HARGAI MAKANAN ELAKKAN PEMBAZIRAN SERTA KEMPEN HINDARI PLASTIK SEKALI GUNA & BAZAR RAMADAN LESTARI

SERTAI KEMPEN HARGAI MAKANAN ELAKKAN PEMBAZIRAN SERTA KEMPEN HINDARI PLASTIK SEKALI GUNA & BAZAR RAMADAN LESTARI

Dimaklumkan bahawa terdapat 7 lokasi tapak bazar Ramadan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) bagi tahun 2024. Waktu operasi bazar Ramadan bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang yang akan beroperasi pada setiap hari.

Berikut adalah lokasi bazar Ramadan :

• Bazar Ramadan Tanjong Malim (Tapak Pasar Tani) - Beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu.
• Bazar Ramadan Behrang 2020 (Jalan Wawasan Mesra Perdana)
• Bazar Ramadan Behrang Stesen (Tapak Parkir Pasar Awam, Behrang Stesen)
• Bazar Ramadan Slim River (Jalan Perdana 6 & 7, Slim Perdana)
• Bazar Ramadan Slim Village (Jalan Taylor)
• Bazar Ramadan Sekiah Makmur (Jalan Makmur Utama)
• Bazar Ramadan Proton City (Jalan Kempas 3A)

Antara kempen-kempen yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :

>Kempen Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran adalah bertujuan mendidik masyarakat supaya tidak membazir makanan yang dibeli dan membeli makanan mengikut keperluan sahaja.
>Kempen Plastik Sekali Guna pula bertujuan menggalakkan pengunjung bazar membawa bekas makanan sendiri bagi tujuan membungkus makanan dan menggalakkan peniaga untuk tidak menggunakan pembungkus makanan daripada polisterin atau plastik yang bukan sekali guna.
Pengunjung Bazar yang hadir membawa bekas makanan sendiri bagi tujuan membungkus makanan akan mendapat bekas makanan PERCUMA di lokasi bazar Ramadan yang terpilih dan stok adalah terhad.
>Kempen Bazar Ramadan Lestari adalah bagi menggalakan para peniaga menggunakan bahan pembungkus makanan daripada bahan yang mesra alam ,selamat dan mudah diurai .Kempen ini juga adalah utk menggalakan peniaga menawarkan alternatif bayaran tanpa tunai kepada pelanggan. Peniaga juga perlu mematuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan diantaranya menjaga kebersihan sekitar, memastikan peniaga mendapatkan suntikan kesihatan,menghadiri kursus pengendali makanan, serta memastikan makanan yang dijual adalah Selamat untuk dimakan.

Muat turun dokumen syarat-syarat penyertaan Bazar Ramadan Lestari di sini :
Moh Kome Yeop & Yong, Datang Beramai-Ramai !
  • Utama
  • Informasi
  • Pengumuman - Makluman
  • SERTAI KEMPEN HARGAI MAKANAN ELAKKAN PEMBAZIRAN SERTA KEMPEN HINDARI PLASTIK SEKALI GUNA & BAZAR RAMADAN LESTARI

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961