Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

KARNIVAL KITA MADANI PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024

Sabtu, 10 Ogos 2024 - JaPEN telah menganjurkan Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Perak bertempat di Dewan Seri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim yang dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Azlan Helmi bin Helmi Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & NGO Negeri Perak. Karnival ini turut dihadiri oleh YB Tuan Chang Lih Kang Ahli Parlimen Tanjong Malim, YB Puan Salina binti Samsudin ADUN Behrang, YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Safry Kamal bin Haji Ahmad OBJ Muallim, YBrs. Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri Pegawai Daerah Muallim, YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Tanjong Malim dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Negeri & Daerah. Pelbagai pengisian program telah diadakan bermula dengan Program Tayangan Wayang Pacak 'Hantu Kak Limah' pada malam 9 Ogos 2024 seterusnya pada keesokan harinya Majlis Perasmian berlangsung, pembukaan booth pameran dan kaunter perkhidmatan agensi, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik, Persembahan PENTARAMA dan juga Kenduri Rewang Madani di Kg Kelawar.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286959