Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

PENGAUDITAN PENSIJILAN EKSA KENDIRI MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

KHAMIS, 8 Ogos 2024, MDTM telah selesai diaudit oleh Pasukan Auditor dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Puan Anita binti Amri, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Korporat merangkap Penyelaras EKSA PSUK Perak selama 2 hari bermula 7 Ogos hingga 8 Ogos 2024 bagi memperolehi Pensijilan EKSA Kendiri MDTM. Sesi lawatan ke semua lokasi termasuk Laman Hijau EKSA MDTM dan 10 Zon EKSA oleh Pasukan Auditor ini turut disertai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua merangkap Penasihat EKSA MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha merangkap Pengerusi EKSA MDTM, barisan Jawatankuasa Induk EKSA MDTM termasuk semua Ketua Zon EKSA MDTM. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga kerja MDTM yang bertungkus lumus membuat persediaan dan persiapan sebelum sesi pengauditan dijalankan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286959